Apa itu diseqc?
"DiSEqC (Digital Satellite Equipment Control), pronounced "Die-Sec",[citation needed] is a special communication protocol for use between a satellitereceiverand a device such as a multi-dish switch or a small[1] dish antenna rotor. DiSEqC was developed by European satellite provider Eutelsat, which now acts as the standards agency for the protocol." faham ke tak? secara mudahnya begini. Sekiranya kita ada 6 piring di bumbung seperti senarai berikut piring 1 - xtro piring 2 - Skynet Piring 3 - Indovision Piring 4 - Ninmedia Piring 5 - Thaikom Piring 6 - Capati bagaimana kita nak tonton siaran daripada piring-piring tersebut. Adakah kita perlu membeli dekoder lagi? Jawapannya TIDAK . Cukup sekadar kita gunakan diseqc untuk menukarkan isyarat-isyarat daripada piring tersebut masuk ke dalam 1 dekoder kita Rupa sama, tetapi fungsi berbeza
Diseqc
Multiswitch
Di pasaran, banyak dijual multiswitch daripada diseqc. Kalau pergi kedai elektrik, Multiswitch lah yang paling banyak dijual. Hati-hati, kerana fungsi dua alat ini sangat berbeza sekiranya anda mahu 6 piring turun ke 1 dekoder gunalah diseqc, jika mahu 1 piring kongsi dengan 6 dekoder gunalah multiswitch ( selalunya signal piring akan lost jika guna alat ini) Berbalik kepada diseqc, sekiranya diseqc telah dipasang pada piring-piring tersebut, anda perlu setting dekoder/box terlebih dahulu. sekiranya tidak disetting, jadilah perkara sia-sia dan memenatkan badan sahaja caranya, pergi menu>connection>antena setup
Bahagian Satelit, pilih nama satelit kemudian, bahagian diseqc 1.0 letakkan port sambungan piring anda. sekiranya xtro berada di sambungan port 1, maka di ruangan tersebut perlulah anda letak port 1. Jika tiada pekataan port, hanya ada A,B,C dan sebagainya maka port 1 = A, port 2 = B dan seterusnya dan save bahagian tersebut. Status signal dapat atau tidak boleh dilihat di bar "signal", sekiranya port betul signal tersebut akan berubah warna biru ke hijau dan peratus signal meningkat. sekian
Assalammualaikum,
sudah lama saya tidak update blog. Hari ini saya ingin kongsikan cara masuk transponder satelit Apstar 76.5E (skynet)
Kaedah Masuk Key / Update key / Channel list
Kaedah 1 ( lebih mudah)
1. Dapatkan TP list (channel list) yang telah dimasukkan TP Skynet, astro dll (TP List untuk skybox, kalau openbox namanya DB )
2. Upload fail tersebut ke dalam skybox. Sebelum itu, backup dulu fail asal tp list skybox. (rujuk video cara masukkan tp list)
(ehsan youtube)
Kaedah 2 (rumit sedikit, tapi berbaloi untuk dipelajari)
1. Masukkan kesemua TP skynet
Sumber - https://www.lyngsat.com/Apstar-7.html
3. Cara baca Transponder macam ni. Contoh
10973 V 24500
24500 tu apa? dapat dari mana?
24500 tu SR (signal rate) dapat dari jadual SR-FEC
4. Jadi ada 4 TP yang perlu di key in dalam box. Cara key in dalam box (skybox)
- Klik Menu > Installation> Satelit Dish
- Tekan ADD
Contoh dari ninmedia
- Masukkan detail seperti berikut
Name : Skynet
Longitude : 76.5
LNB Freq : 10600
DiSEqc 1.0 : Disable ( kalau pakai diseqc boleh la pilih port berapa guna)
Diseqc 1.1 : Disable
22k : auto
Polarity : off
kemudian tekan ok (butang kuning pada remote), kemudian tekan back sehingga ke menu>installation
dah selesai? belum lagi tu
seterusnya (gambar saya ambik dari youtube)
1. klik menu>installation>TP List
2. Bahagian Satelit tu, Pilih nama Skynet,
LNB Freq ambil 10600
Transponder, pilih 11105 (channel sport ) - rujukan channel boleh lihat di sini
kemudian, boleh la anda memusing dish atas-bawah sehingga dapat channel skynet
( cara tukar TP untuk lihat signal bar)
lebih mudah sekiranya anda cari dulu siaran Thaikom, dah dapat satelit thailand tu, larikan sedikit sahaja dish, dah boleh dapat siaran skynet
Rujukan Tambahan
1. https://protech-parabola.com/galery/apstar-7-ku-band-dengan-dish-astro/
2.http://tembaksat.blogspot.com/2016/11/tembak-tracking-satelit-ninmedia.html
Assalammualaikum.
Apa yang best pasal skynet ye?
Klau pengemar kartun, sport boleh lah cuba menembak skynet ni. Siaran HD. Cuba tengok gambar dulu, untuk guide cara menembak, nanti saya share kemudian.
Assalammualaikum,
dah cuba tracking satelit ses7 (108.2E) ?
cubalah, pasti puas hati.
cukup sekadar
1. Piring astro beyond
2. S Band LNB (bawah RM200)
3. Tiket Cline
4. Transponder list
Berikut Frekuensi Satelit SES7 at 108.2°E menggunakan frekuensi LNB 3620 mhz :
01. 2535 H 22500 02. 2565 H 22500 03. 2595 H 20000 04. 2625 H 22500 05. 2655 H 22500 06. 2535 V 22500 07. 2565 V 22500 08. 2595 V 22500 09. 2625 V 22500 10. 2655 V 22500
Berikut Frekuensi Satelit SES7 at 108.2°E menggunakan frekuensi LNB 5150 mhz :
01. 4065 H 22500 02. 4095 H 22500 03. 4125 H 20000 04. 4155 H 22500 05. 4185 H 22500 06. 4065 V 22500 07. 4095 V 22500 08. 4125 V 22500 09. 4155 V 22500 10. 4185 V 22500
Assalammualaikum,
Ninmedia antara salah satu satelit yang mudah ditembak,
Langkah 1,
Dapatkan kedudukan arah satelit ninmedia. boleh gunakan http://www.dishpointer.com/ untuk mencari arah dish
Your location - lokasi anda, sebaik-baiknya cari bumbung rumah anda sendiri
All satelites - Pilih satelit yang ingin anda tembak, Jika ninmedia cari 98E Chinasat
Langkah 2
Bandingkan arah satelit astro (measat) dan satelit ninmedia (chinasat)
ini dapat memberi anda gambaran di mana sepatutnya dish anda diarahkan. sama ada ke kiri atau ke kanan. Lihat gambar di bawah
dish perlu dihalakan mengikut garis hijau di dalam gambar di atas. Terdapat perbezaan arah LNB skew. Anda boleh pusingkan lnb antara arah pukul 3-5/6. pukul? Rujuk gambar dibawah
macam mana nak tau arah pusingan LNB?.
Selalunya arah mengikut wayar yang terkeluar dari LNB, sama ada pukul 3, pukul 4, pukul 5.
Signal tak cantik? pusing lnb tu sambil lihat % signal di tv anda, Dah ok, boleh la skru lnb tu balik
Langkah 3
key in maklumat berikut ke dalam dekoder anda
Satellite : Ninmedia 98.0E
Local Frequency: 9750/10600 ( sama mcm xtro)
Frequency : 12500
Symbol Rate 43200
Polarity : V
Menu>installation>Satellit List
Tekan butang ADD
Masukkan maklumat seperti berikut, tekan OK
TP list dah masuk dalam box
Langkah 4
Cari signal astro terlebih dahulu.
jika dibandingkan dalam gambar di atas antara astro dan ninmedia, dish tersebut perlu dipusingkan ke sebelah kiri jika dish anda sekarang sedang menghala ke astro.
Buka menu, connection
Pilih TP List
Gerakkan dish sehingga signal quality tinggi %
Langkah 5 ( selepas dah dapat signal astro)
Tips:
Jika dish sedia ada telah menghala ke astro, sila tandakan dish dengan marker pun supaya memudahkan anda pusing dish ke arah astro semula jika ingin menonton astro.
Tandakan di bahagian merah, longgarkan skru bertanda biru
Buka TP list ninmedia
Gerakkan dish ke kiri menghala ke satelit chinasat11. Minta rakan tengok signal di bawah dan seorang lagi betulkan dish ke kiri dan dongak atas bawah secara perlahan-lahan. Sehingga % "signal intensiti" meningkat ke 80-90% dan "signal qualiti" pun meningkat ke 40-50%.
Langkah 6
Buka "menu>connection>satelit list
Pilih satelit ninmedia, tekan "single search" tekan OK
Langkah 7
Selesai proses scan, exit semua menu dan buka channel list. Paparan channel ninmedia akan dipaparkan di televisyen
Assalammualaikum,
apa yang menarik di Ninmedia?
Ini senarai channel yang ada dalam ninmedia. Semuanya percuma!! tanpa memerlukan internet
Siapa cakap dekoder Skybox hanya untuk astro sahaja??