Apa itu diseqc?
"DiSEqC (Digital Satellite Equipment Control), pronounced "Die-Sec",[citation needed] is a special communication protocol for use between a satellitereceiverand a device such as a multi-dish switch or a small[1] dish antenna rotor. DiSEqC was developed by European satellite provider Eutelsat, which now acts as the standards agency for the protocol." faham ke tak? secara mudahnya begini. Sekiranya kita ada 6 piring di bumbung seperti senarai berikut piring 1 - xtro piring 2 - Skynet Piring 3 - Indovision Piring 4 - Ninmedia Piring 5 - Thaikom Piring 6 - Capati bagaimana kita nak tonton siaran daripada piring-piring tersebut. Adakah kita perlu membeli dekoder lagi? Jawapannya TIDAK . Cukup sekadar kita gunakan diseqc untuk menukarkan isyarat-isyarat daripada piring tersebut masuk ke dalam 1 dekoder kita Rupa sama, tetapi fungsi berbeza
Diseqc
Multiswitch
Di pasaran, banyak dijual multiswitch daripada diseqc. Kalau pergi kedai elektrik, Multiswitch lah yang paling banyak dijual. Hati-hati, kerana fungsi dua alat ini sangat berbeza sekiranya anda mahu 6 piring turun ke 1 dekoder gunalah diseqc, jika mahu 1 piring kongsi dengan 6 dekoder gunalah multiswitch ( selalunya signal piring akan lost jika guna alat ini) Berbalik kepada diseqc, sekiranya diseqc telah dipasang pada piring-piring tersebut, anda perlu setting dekoder/box terlebih dahulu. sekiranya tidak disetting, jadilah perkara sia-sia dan memenatkan badan sahaja caranya, pergi menu>connection>antena setup
Bahagian Satelit, pilih nama satelit kemudian, bahagian diseqc 1.0 letakkan port sambungan piring anda. sekiranya xtro berada di sambungan port 1, maka di ruangan tersebut perlulah anda letak port 1. Jika tiada pekataan port, hanya ada A,B,C dan sebagainya maka port 1 = A, port 2 = B dan seterusnya dan save bahagian tersebut. Status signal dapat atau tidak boleh dilihat di bar "signal", sekiranya port betul signal tersebut akan berubah warna biru ke hijau dan peratus signal meningkat. sekian
Assalammualaikum,
sudah lama saya tidak update blog. Hari ini saya ingin kongsikan cara masuk transponder satelit Apstar 76.5E (skynet)
Kaedah Masuk Key / Update key / Channel list
Kaedah 1 ( lebih mudah)
1. Dapatkan TP list (channel list) yang telah dimasukkan TP Skynet, astro dll (TP List untuk skybox, kalau openbox namanya DB )
2. Upload fail tersebut ke dalam skybox. Sebelum itu, backup dulu fail asal tp list skybox. (rujuk video cara masukkan tp list)
(ehsan youtube)
Kaedah 2 (rumit sedikit, tapi berbaloi untuk dipelajari)
1. Masukkan kesemua TP skynet
Sumber - https://www.lyngsat.com/Apstar-7.html
3. Cara baca Transponder macam ni. Contoh
10973 V 24500
24500 tu apa? dapat dari mana?
24500 tu SR (signal rate) dapat dari jadual SR-FEC
4. Jadi ada 4 TP yang perlu di key in dalam box. Cara key in dalam box (skybox)
- Klik Menu > Installation> Satelit Dish
- Tekan ADD
Contoh dari ninmedia
- Masukkan detail seperti berikut
Name : Skynet
Longitude : 76.5
LNB Freq : 10600
DiSEqc 1.0 : Disable ( kalau pakai diseqc boleh la pilih port berapa guna)
Diseqc 1.1 : Disable
22k : auto
Polarity : off
kemudian tekan ok (butang kuning pada remote), kemudian tekan back sehingga ke menu>installation
dah selesai? belum lagi tu
seterusnya (gambar saya ambik dari youtube)
1. klik menu>installation>TP List
2. Bahagian Satelit tu, Pilih nama Skynet,
LNB Freq ambil 10600
Transponder, pilih 11105 (channel sport ) - rujukan channel boleh lihat di sini
kemudian, boleh la anda memusing dish atas-bawah sehingga dapat channel skynet
( cara tukar TP untuk lihat signal bar)
lebih mudah sekiranya anda cari dulu siaran Thaikom, dah dapat satelit thailand tu, larikan sedikit sahaja dish, dah boleh dapat siaran skynet
Rujukan Tambahan
1. https://protech-parabola.com/galery/apstar-7-ku-band-dengan-dish-astro/
2.http://tembaksat.blogspot.com/2016/11/tembak-tracking-satelit-ninmedia.html